Abbas Ibn
Firnas atau nama penuhnya Abbas Qassim Ibn Firnas dilahirkan pada tahun 811 M
dari keturunan Berber di Sepanyol. Menemui konsep kapal terbang pertama di
dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Ibn Firnas
mendahului dunia penerbangan seribu tahun sebelum the Wright Brothers. Seorang
pakar sains, ahli teknologi dan ahli kimia. Ibn Firnas mendalami kimia, fizik,
dan astronomi. Pada tahun 852, seorang pemuda bernama Armen Firman terbang dari
menara di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan
kelajuannya (penemuan payung terjun). Dia terselamat dengan kecederaan ringan,
dan Ibn Firnas hadir dan menyaksikannya. Pada tahun 875, pada usia 66 tahun Ibn
Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara.
Penerbangan
itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya.
Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya
menyatakan bahawa dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika
terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dia tidak menyediakan ekor, ataupun cara
pergerakan serupa itu. Ibn Firnas mencipta planetarium mekanikal dengan
planet-planet yang berputar. Dia juga membuat simulasi guruh dan kilat. Ibn
Firnas menyediakan jadual astronomi, mengarang
puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata.
puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata.
Dia
juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir. Dia menghasilkan rantaian
cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia
juga memajukan proses bagi memotong kristal batu. Ibn Firnas meninggal dunia
pada tahun 888 Masihi pada usia 77 tahun Libya mengeluarkan setem sebagai
menperingatinya.
Iraq
membina memorial batu bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad
dinamakan sempenan namanya. Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena
namanya. Binaan ukiran memorial batu Abbas Ibn Firnas dalam perjalanan ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Ibn Firnas di Baghdad, Iraq.
sumber; http://pojokipa.alfajar.sch.id/2013/04/biografi-abbas-ibn-firnas.html
0 komentar:
Posting Komentar